Tuesday, April 22, 2014

GEMPAR!!! Minyak Wangi Beracun !!!

Minyak wangi racun

Awas! Minyak wangi tiruan berjenama yang lazimnya dijual di pasar malam, dipercayai turut berada di pasar raya terkemuka negara. Yang mengejutkan, bahan beracun metanol digunakan sebagai bahan ramuan minyak wangi tiruan berkenaan. Ikuti laporan eksklusif wartawan BH, WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS yang mengikuti serbuan pihak berkuasa di Kajang, Selangor, semalam. 



Kuala Lumpur: Operasi tiga agensi penguat kuasa di Bukit Angkat, Kajang dekat sini semalam terkejut menemui sebuah premis yang dijadikan makmal pemerosesan minyak wangi tiruan daripada jenama terkenal dan mahal. 

Serbuan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Imigresen itu, berjaya merampas ribuan botol minyak wangi yang siap diisi dalam kotak, bernilai RM1 juta dan sedia untuk dipasarkan. 



Pekerja warga asing 


Lebih mengejutkan ia diuruskan oleh tujuh pekerja asing warga Pakistan yang memegang permit kerja restoran, sejak tiga tahun lalu.

Brunei Tangguh Hukum Hudud !


Bandar Seri Begawan: Brunei menangguhkan pelaksanaan undang-undang Islam yang sepatutnya bermula semalam ketika negara itu menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB.


Pembantu Pengarah Unit Undang-undang Islam Brunei, Jauyah Zaini berkata, tiada tarikh baru ditetapkan untuk memulakan pelaksanaan undang-undang syariah itu yang menyediakan peruntukan hukuman sebat, memotong tangan atau kaki serta rejaman hingga mati.

Namun, Jauyah berkata, undang-undang itu akan tetap dilaksanakan “dalam masa terdekat.” Katanya, pelaksanaan undang-undang itu terpaksa ditangguh atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pengumuman itu dibuat ketika Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dan kerajaan dipercayai menunggu pemerintah berkuasa itu kembali sebelum memperkenalkan undang-undang sensitif berkenaan.
Namun, penangguhan pelaksanaan hukuman itu mampu mengubah pendirian sultan berusia 67 tahun itu.

Pihak berkuasa baru-baru ini menjalankan beberapa taklimat untuk agensi rasmi dan organisasi bukan kerajaan bagi menerangkan mengenai hukuman berkenaan.
Peguam dan aktivis hak asasi, Nizam Bashir berkata, pengenalan undang-undang itu bagaikan satu tembok bagi mengatasi globalisasi.

“Jika anda cuba melompat tembok itu, akan timbulnya beberapa isu.
“Setiap kali anda menerima jawapan, soalan lain akan bermula dan memberikan mereka idea yang tidak selari dengan konsep yang difahami,” katanya.
Sementara itu, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menyatakan “sangat bimbang” dan mendakwa, hukuman seperti merejam dengan batu diklasifikasi undang-undang antarabangsa sebagai hukuman “penderaan kejam dan tidak berperikemanusiaan.” Hampir 70 peratus daripada 400,000 rakyat Brunei adalah Melayu Muslim, manakala kira-kira 15 peratus lagi etnik Cina bukan Islam.- AFP

GEMPAR!!! Anak Arnoud Van Doorn Pembuat Filem Fitna Masuk Islam

vandoorn son finds islam Subhanallah, Ikuti Jejak Ayah, Putera Van Dorn Masuk Islam
PUTRA Arnoud Van Doorn, seorang pembuat film antiIslam Fitna yang masuk Islam tahun lalu, dikabarkan telah mendapat hidayah mengikuti jejak Sang Ayah masuk agama Islam.
The Khaleej Times melaporkan pada hari Senin (21/4/2014) bahwa Iskandar Van Doorn telah bersyahadat bersama 37 orang lain di Dubai International Peace Convention.
“Saya melihat ayah saya menjadi lebih damai setelah masuk Islam, saat itulah saya menyadari ada sesuatu yang baik dalam agama ini dan itu membuat saya mengubah persepsi saya menjadi Muslim,” kata Iskandar.
Iskandar mengatakan bahwa setelah ayahnya masuk Islam, ia juga mulai belajar Al-Qur’an dan mendengarkan ceramah tentang Islam. Isakandar, 22, mengatakan seorang teman dekat yang seorang Muslim juga membantu untuk mengajarinya tentang agama Islam.
Arnoud Van Dorn, ayahnya, adalah seorang mantan pembantu pemimpin sayap kanan Belanda Geert Wilders. Van Dorn berpartisipasi dalam pembuatan film antiIslam ‘Fitna’ yang menghina Islam. Van Doorn kemudian mulai mendalami Islam untuk membuat film Fitna tersebut, tapi Van Dorn akhirnya terinspirasi oleh pesan Islam dan mengaku sebagai Muslim tak lama kemudian. 

TERKINI !!! Ratu Rock Malaysia Ella Mahu Bertudung !

RATU Rock Malaysia, Ella memberitahu sejak mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu dengan juruterbang, Azhar Ghazali, kehidupannya kini lebih banyak terluang dengan keluarga.
Berkongsi mengenai alam rumah tangganya, Ella mengakui suaminya itu banyak menasihati serta mendidiknya ke arah kebaikan termasuklah cara pemakaian.
“Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah.
“Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja,” katanya yang dipetik dari portal Gua.
Meskipun sering dihimpit soalan berhubung cahaya mata, Ella akui tidak tertekan.
“Tidak dinafikan sejak berkahwin, ramai yang bertanyakan tentang soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan dan saya anggap ia sebagai satu doa.
“InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika tak ada itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak,” katanya.
Malah Ella terfikir untuk mengikut jejak rakan artis, Umie Aida dan Misha Omar yang mengambil anak angkat.
“Secara jujur, ada juga saya memasang niat untuk mengambil anak angkat apabila tengok rakan artis macam seronok saja ada anak angkat.
“Namun, perkara ini tak mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat,” katanya.

Fiza Elite Dan Adam AF Bercerai?

Fiza Elite Dan Adam AF Bercerai



Perkhabaran tidak baik mengenai kisah rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite semakin bertebaran di mana-mana media sejak kebelakangan ini.


Walaupun Adam sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya bergaduh manja namun menurut dari sumber sebuah akhbar harian mengatakan si isteri sudah pun berkunjung ke Mahkamah Syariah di Shah Alam, Rabu lalu untuk menfailkan penceraian.


TERKINI…Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut dan memohon semua pihak memberi mereka ruang buat masa ini.


“Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.


Bagaimanapun usaha mStar Online untuk cuba mendapatkan reaksi Fiza mengenai perkhabaran terbaharu itu gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan WhatsApp yang dihantar kepadanya.


“Kami sepakat untuk tidak mengulas mengenai perkara ini buat masa ini dan harap semua pihak faham akan keadaan kami,” katanya lagi.


Hmm, rasanya baharu lagi usia perkahwinan pasangan ini, kalau ada masalah, lebih baik dibawa berbincang ataupun merujuk kepada mana-mana pihak kaunseling perkahwinan.


Yelah, kita orang luar hanya boleh berkata-kata, yang melaluinya adalah mereka berdua.


Sementara itu, Fiza menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik status yang sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikutnya.


“Salam semua….maaf andai sy ada berbuat silap atau tkasar bahasa.sy benar2 berharap agar semua diluar sana memahami perasaan sy skrg ni…jgnlah ditanya bmcm2 jenis soalan.sy ni cuma wanita biasa yg kekadang lemah dan xmampu utk menanggung beban…tp sy tahu dan pasti semua ni ketentuan dr Allah.siapa yg mahu utk jd begini?kalau disoal pd sesiapa pun..xmungkin seseorg itu mahu mjalani kehidupan spt sy…hormati lah apa jua keputusan sy.sy hanya merancang…tp Allah lebih mengetahui segala2nya…sy cuma perlukan sokongan dr anda semua utk sy terus kuat dan maju ke depan.apa yg tjadi dan bakal berlaku biarlah jd rahsia antara sy dan Allah…xperlu utk sy bkongsi kesemua crita peribadi sy kpd umum.harap semua dpt memahami ya…doakan yg terbaik utk kami…Allah adalah tempat sy berbicara dan mengadu…bukan dgn sesiapa pun…kita sebagai makhluk Allah san hambanya cuma perlu menadah tangan dan bdoa meminta pertolongan dr Nya…Amin….”


Apa-apa pun kita doakan semoga perkahwinan mereka dapat diselamatkan dan jodoh mereka dipanjangkan. Biasalah adat dalam berumahtangga, pasti ada pasang surutnya.


Untuk makluman, Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu di Bangunan Sultan Idris, Jabatan Agama Islam Selangor, Jais, Shah Alam.

KOMFEM!!! David Moyes Kena Pecat ! Ryan Giggs Pengurus Sementara

Ryan Giggs pengurus sementara United
Ryan Giggs
Ryan Giggs
PEMAIN tengah lagenda Manchester United, Ryan Giggs telah dinamakan sebagai pengurus sementara Manchester united bagi menggantikan David Moyes yang telah dipecat, kata kelab tersebut dalam laman web rasmi hari ini.

"Ryan dan Nicky  Butt akan diberikan tanggungjawab mengendalikan United terutama dalam perlawanan menentang Norwich City pada Sabtu ini," katanya.

Untuk rekod, bekas pemain antarabangsa Wales yang berusia 40 tahun itu telah menjadi pembantu jurulatih kepada sepanjang 10 bulan David Moyes menerajui The Red Devils.

Hari ini, David akhirnya dipecat sebagai pengurus United selepas 10 bulan mengambil tanggungjawab penting itu daripada Sir Alex Ferguson

United mengambil keputusan memecat Moyes, berkuat kuasa serta-merta setelah tidak berpuas hati dengan  prestasi buruk pasukannya.

Ini kerana, sepanjang musim ini, Moyes telah mencatatkan 11 kekalahan dalam saingan EPL di mana terbaru mereka kalah di tangan Everton, 2-0.

Sementara itu, Jurulatih Belanda, Louis van Gaal antara nama yang disebut akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Moyes selepas kempen Piala Dunia Brazil pada Jun.

Bagaimanapun, Jurgen Klopp turut dikhabarkan bakal menjadi pengedali United untuk musim baharu.