Monday, April 14, 2014

Waris MH370 Bakal Jutawan !

Kuala Lumpur: Keluarga waris penumpang MH370 bakal menjadi jutawan jika mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak berwajib dan memenangi kes berkenaan di mahkamah.
Pampasan diperoleh dijangka sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada jumlah bayaran minimum pampasan insurans daripada ‘polisi pesawat dan liabiliti’ berjumlah AS$175,000 (RM577,500) yang patut dibayar iaitu sekurang-kurang RM1.72 juta. 

Menurut peguam tempatan Dr Syed Iskandar Syed Jaafar al Mahdzar, ini selaras dengan Seksyen 24(1) (b), Akta Penerbangan Awam 1969.

Foto

“Selaras dengan konvensyen Montreal, dalam tempoh tiga bulan, keluarga waris penumpang mesti bertindak segera.

Sesiapa Hilang Dara Boleh Buat Balik !

Kuala Lumpur: Teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya ‘hymenoplasti’ makin popu­lar di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis terlanjur, wanita berduit dan golongan kenamaan.
Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan tersendiri. Gadis terlanjur lazim­nya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi memuaskan hati suami. 
Dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita Islam, kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang berkahwin. 

Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula selaput dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali pertama, kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani dengan memasukkan objek keras.
Foto

Pembedahan itu membabitkan penampalan membran baru pada bahagian luar alat kelamin wanita dan mampu berfungsi seperti selaput dara asli.

Panass..!!! Dr. Harlina Halizah Siraj Tegur Rozita Che Wan


Sekarang ini heboh berkenaan Rozita Che Wan pakai skirt yang sangat singkat sehinggakan menampakkan tempat yang tidak sepatutnya..

Mungkin Dr. Harlina atau Dr. Har ini bukan sahaja menegur Che Ta, tetapi 
menegur semua artis yang suka memberi komen tanpa berfikir. Antara
komen Dr. Har adalah.

FROM DR HAR WITH LOVE
TEGURAN IKHLAS BUAT YANG BERKENAAN

Salam ukhuwah

Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri meng-
ajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah 
dengan teguran orang lain di sekeliling.

 Apa yang lebih menyedihkan apabila alasan yg diberikan berlandaskan
 hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu

 Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan
 keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.

Terbaru, terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang
yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi.

 Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga
 `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut.

 Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan
 ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan :

`Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘

Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal
hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :

Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang 
Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk 
disembah, dipatuhi dan diagungkan. 

Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka
pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan
yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kese-
jahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauhjauhnya. 

Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!Janganlah pula terlupa,
tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita,yang boleh diperlakukan
sewenang wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya 
yang tidak pernah terleka.

Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang
kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan 
di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan 
kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. 

Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa
ditimbang tara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan
yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘

Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. 
Tiga aspek ini : Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh 
dipisahkan.

Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & 
peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah 
pula dihormati. 

Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan
pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai 
hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum,hak apa sebenarnya 
yang ada pada dirimu?

Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara ber-
kelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan
dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamak)
yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu.

Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif masyarakat
ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan.

Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati,
ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak
kolektif dibandingkan hak individu.

Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah
kelompok sasaran yang diajukan teguran.

Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat 
sedikit peringatan dan tazkirah.

Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, 
sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)-sumber

Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan di masjid terlalu kuat



Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.

Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.

Pakcik Mohd Said Mohamed Jaid ketika rumahnya didatangi orang ramai yang tidak berpuas hati. Kredit photo: Ohartis.com

Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah:

Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuatsehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam.

~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang

Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said. - TengokTVonline