Tuesday, April 15, 2014

Wardina Safiyyah Di Hentam Teruk Kerana Menegur Ustaz Don Daniyal



Page Ustaz Abu Syafiq telah menghentam Wardina kerana telah mengecam Ustaz Don Daniyal Biyajid.

Ini berkenaan dengan teguran dari Wardina Safiyyah yang dianggap sebagai kecaman oleh sesetengah peminat Ustaz Don Daniyal Biyajid.

Mari kita lihat teguran Wardina Safiyyah tersebut Dan kita bincangkan sama Ada ia teguran atau kecaman buat Ustaz Don Daniyal Biyajid.

“Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama’..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran”
“Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam”
Perkongsian Wardina ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang menyokong dan ada yang menghentam tindakan beliau yang menegur Ustaz Don secara terbuka, dan Wardina telah memberi respon berikutnya:
“We have a right to ask…. We SHOULD ask. Yes even to our ustaz and ustazah. Dari mana sumber ini? Siapa yang berkata ini? Apa lanjutan cerita ini? Saya musykil dengan jawapan ustaz..bolehkah ustaz terangkan lagi… ?”
“Ya, kerana para sahabat juga bertanya kepada Nabi saw. Dan Nabi membenarkan…. Saya sering merujuk ayat ini dalam Surah Al Baqarah ayat 260.. dimana Nabi Allah Ibrahim as sendiri bertanya.. bertanya kepada Allah….Nabi bertanya kepada Allah? Tidakkah Nabi percaya??? untuk apa? Kerana dengan bertanya kita mencari jawapan..supaya? Supaya hati menjadi lebih tenang… Surah Al Baqarah:260″
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-mahkluk yang mati?” Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?” Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yaqin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)”
“Bertanyalah. Dan para ustaz jawablah persoalan kami ini. Bukalah minda kami. Jangan suruh kami ikut kamu, namun suruh lah kami mengikut Quran dan Sunnah Nabi SAW” 

Berbincanglah dengan adab maka semua pihak akan mendapat manisnya ukhwah di dalam Islam. 

PUAS KAJI TENTANG WUDHU AKHIRNYA PROFESSOR PELUK ISLAM

PUAS KAJI TENTANG WUDHU AKHIRNYA PROFESSOR PELUK ISLAM

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Hikmah Wudhu
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh. Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari? Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa. Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya. Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.
Cara Wuduk Rasulullah S.A.W.
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”
Huraian
Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.
Wallahu’alam.
Sumber: http://www.queachmad. com

GEMPAR!!! CRISTIANO MELAKUKAN PERKARA YANG MENGEJUTKAN ISRAEL !!!


Di akhir perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F antara Portugal dan Israel, Cristiano Ronaldo menolak bertukar jersey dengan pemain Israel.

Menurut laporan Shabestan, wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo, 'Anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?' Bintang dunia yang berasal dari Portugal ini menjawab, "Saya berada di bumi Palestin."

Di akhir perlawanan, pemain Israel mendekati Ronaldo untuk bertukar jersey, namun dia tidak mengendahkan pemain Israel tersebut.

Seperti diberitakan, Portugal bertanding melawan Israel baru-baru ini di perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F. Seperti diberitakan oleh Antara, Portugal bangkit dari tertinggal 1-3 untuk menyamakan kedudukan 3-3 di masa tambahan. -ANTARA

Wardina Safiyyah Kecam Ceramah Ustaz don Daniyal Di Facebook


Wardina Safiyyah kecam ceramah Ustaz Don Daniyal di facebook - Model tudung dan pengacara terkemuka, Wardina Safiyyah meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.

Sebelum ini, Wardina pernah berkongsi satu video berjudul KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan orang ramai sehingga ada yang menyokong malah tidak kurang juga menghentam tindakan Wardina menegur Ustaz Don secara terbuka. Mari baca status panjang lebar beliau di facebook.

60 Ekor Lombu Mati Kono Panah Potir!

SEBAHAGIAN daripada 60 ekor lembu yang mati dipanah petir di Rio Bueno, Chile pada 7 April lalu.


RIO BUENO, Chile - Sekeping gambar yang menunjukkan lebih 60 ekor lembu mati akibat dipanah petir disiarkan di Facebook kelmarin.
Gambar tersebut disiarkan pihak Radio San Jose de Alcudia.
Ia menunjukkan sejumlah bangkai ekor lembu bergelimpangan di bawah pokok di sebuah ladang di sini.
Lembu itu mati selepas dipanah petir pada 7 April lalu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2ywYbQOEU 

Hakcipta terpelihara 

Tikus Besar Kucing Serang Bandar Liverpool

SEEKOR tikus gergasi sebesar seekor kucing yang berjaya ditangkap di Liverpool baru-baru ini.


LIVERPOOL - Bandar raya Liverpool didapati mengandungi sejumlah tikus gergasi yang didakwa sebesar saiz seekor kucing, lapor portal berita Metro.com,uk kelmarin.
Sekumpulan tikus gergasi itu ditemui di Merseyside, bandar raya ini.
Penduduk tempatan di sini terpaksa menggunakan racun yang dibuat secara tradisional sebagai umpan untuk menghapuskan tikus-tikus.
"Haiwan-haiwan itu kini kebal dengan umpan tradisional itu," kata seorang pekerja yang mengawal pembiakan makhluk perosak, Sean Whelan kepada akhbar Liverpool Echo.
Tikus-tikus itu mampu membesar menyamai saiz seekor kucing kerana terdapat makanan terbuang yang banyak di jalanan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2ywY60VUD 

Hakcipta terpelihara