Ryan Giggs pengurus sementara United
Tarikh: April 22, 2014

Ryan Giggs
PEMAIN tengah lagenda Manchester United, Ryan Giggs telah dinamakan sebagai pengurus sementara Manchester united bagi menggantikan David Moyes yang telah dipecat, kata kelab tersebut dalam laman web rasmi hari ini.
"Ryan dan Nicky Butt akan diberikan tanggungjawab mengendalikan United terutama dalam perlawanan menentang Norwich City pada Sabtu ini," katanya.
Untuk rekod, bekas pemain antarabangsa Wales yang berusia 40 tahun itu telah menjadi pembantu jurulatih kepada sepanjang 10 bulan David Moyes menerajui The Red Devils.
Hari ini, David akhirnya dipecat sebagai pengurus United selepas 10 bulan mengambil tanggungjawab penting itu daripada Sir Alex Ferguson
United mengambil keputusan memecat Moyes, berkuat kuasa serta-merta setelah tidak berpuas hati dengan prestasi buruk pasukannya.
Ini kerana, sepanjang musim ini, Moyes telah mencatatkan 11 kekalahan dalam saingan EPL di mana terbaru mereka kalah di tangan Everton, 2-0.
Sementara itu, Jurulatih Belanda, Louis van Gaal antara nama yang disebut akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Moyes selepas kempen Piala Dunia Brazil pada Jun.
Bagaimanapun, Jurgen Klopp turut dikhabarkan bakal menjadi pengedali United untuk musim baharu.

No comments:
Post a Comment