Kononnya, ada orang memanggil roh dari Telaga Barahut untuk mengetahui di mana hartanya disimpan oleh kawannya sebelum dia meninggal. - Gambar hiasan
MENJADI satu masalah besar apabila penceramah ataupun penulis mengutip semua cerita dalam buku tanpa menilai kemunasabahannya.
Bagi mereka yang tidak memahami disiplin ilmu, menganggap apa yang ada dalam kitab itu sahih. Terbaru kita dengar ada pihak mempopularkan cerita memanggil arwah di Telaga Barahut (Barahut atau disebut juga Burhut seperti yang dinyatakan dalam Lisan al-‘Arab).
Kononnya, ada orang memanggil roh dari telaga berkenaan untuk mengetahui di mana hartanya disimpan kawannya sebelum meninggal. Mungkin niatnya ikhlas, tapi cerita itu tak berasas dan ‘kartun’ sekalipun disebut dalam beberapa kitab. Saya terbayang, jika ini benar, bolehlah kita pergi panggil roh penumpang MH370 dan bertanya di manakah kapal terbang berkenaan hilang.
Walaupun asas nama Telaga Barahut itu disebut dalam hadis yang thabit riwayat Tabarani dan selainnya sebagai seburuk-buruk telaga, namun cerita si fulan memanggil roh kawannya dari telaga itu tiada asas yang sabit.
Mudah untuk difahami seperti cerita Nabi Khidir AS. Kisah itu ada dalam al-Quran dalam Surah al-Kahf. Nama Khidir itu pula disebut dalam Sahih al-Bukhari. Namun cerita dalam Hikayat Melayu Lama, Hang Tuah bertemu Khidir tiada asas boleh dipercayai.
Menggunakan kewujudan cerita itu dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai dalil untuk membenarkan cerita yang direka adalah satu kaedah yang tertolak dan tidak boleh diterima sama sekali. Cerita yang datang kemudian, jika pun hendak diterima, hendaklah dinilai dari segi keselarasan dengan al-Quran dan as-Sunnah serta lojik kukuh.
Menjadikan alasan ia wujud dalam sesebuah kitab (dalam bahasa Melayu kitab bermaksud buku) bukan alasan yang diterima di sisi ahli riwayat. Kewujudan sesebuah cerita dalam sesebuah kitab tidak menjadi bukti kesahihannya. Bahkan, banyak riwayat dalam kitab terdahulu yang tidak sahih.
Hadis Palsu
Dalam kitab tafsir ada pelbagai riwayat Israiliyyat yang pelik. Tidak semuanya boleh dipercayai. Ada disiplin ilmu yang mesti diikuti sebelum memetik kisah itu. Dr Yusuf al-Qaradawi: “Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan”.
Katanya juga: “Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka. Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat israiliyyat yang pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu israiliyyat telah mencekik kitab kaum Muslimin”.( Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyyah, 41, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Dalam kitab hadis banyak yang palsu. Golongan ulama hadis menyuruh kita menyemak sanad dan matan sebelum sesuatu hadis diterima. Bahkan sarjana hadis bertungkus-lumus melakukan klasifikasi hadis bagi membezakan yang sabit daripada selainnya.
Kata al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H): “Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir)
Begitu juga bahan sejarah yang tidak boleh dipetik semuanya tanpa menyemak sanad dan matannya. Empunya kitab sejarah terbesar al-Imam al-Tabari (meninggal 310) mengingatkan dalam hal ini pada mukadimah kitabnya: “Apa yang terkandung di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku”.(Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 1/8. Beirut: Rawai’ al-Turath al-‘Arabi)
Saya petik kata-kata Syeikh Dr Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi dalam membahaskan manhaj sejarawan Islam terutamanya al-Tabari: “Ahli sejarah Islam menulis himpunan riwayat yang begitu banyak dalam penulisan mereka. Mereka mencampuradukkan antara yang sahih dengan palsu lagi dusta. Mereka juga tidak mentakhrijkan riwayat tersebut dan tidak pula menjelaskan kedudukan perawinya. Namun begitu mereka meriwayatkan riwayat tersebut secara bersanad. Mereka juga menyebut perawi bagi setiap sanad.
Selain itu, mereka juga menyebut bagi sesuatu kejadian itu, pelbagai riwayat yang berulang, bercanggah dan bertentangan antara satu dengan lain. Ini bukanlah bererti kehendak mereka adalah untuk berpegang, mempercayai dan menerima kandungannya, tetapi menjadi tujuannya ialah menunaikan amanah ilmu. Inilah faktor yang menyebabkan mereka mencatat setiap berita yang sampai kepada mereka sama ada riwayat itu benar, dusta, betul atau salah”. (Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, Qabasat Tarikhiyyah, hlm. 7)
Malangnya apabila kedangkalan disiplin ini tidak dikuasai, ada yang mencedok apa sahaja yang dia jumpa tanpa menghayati disiplin dalam periwayatan.
Percanggahan Logik
Perkara tidak logik dan menyanggah akal waras tidak mungkin hendak dikaitkan dengan Islam. Inilah yang kita ulang apa yang disebut oleh sesetengah sarjana hadis: Apabila engkau melihat sesebuah hadis mencanggahi logik, menyalahi manqul (al-Quran) dan bertentangan dengan usul Islam, maka ketahui ia hadis yang palsu. (Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182, Beirut: Dar al-Fikr)
Ilmuwan al-Azhar sendiri, Dr al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah juga menyebut: “Sebagaimana ulama hadis mengambil berat berhubung analisa kritis terhadap sanad yang merupakan analisa kritis luaran, mereka juga membuat analisa kritis terhadap matan (textual criticism) iaitu analisa kritis dalaman. Ini terbukti mereka menjadikan satu tanda hadis palsu ialah percanggahannya dengan al-`aql (akal), atau al-musyahadah (apa yang disaksi di alam kenyataan), atau al-hiss (apa yang dikesan oleh pancaindera) sedangkan ia tidak mampu untuk ditakwilkan dengan takwilan yang hampir dan mungkin (untuk diselaraskan).
Dalam banyak keadaan mereka maksudkan ialah percanggahan dengan al-Quran, atau al-Sunnah yang masyhur lagi sahih, atau sejarah yang diketahui, sedangkan ia tidak mampu untuk ditaufiqkan (diharmonikan). (Abu Syahbah, Difa’ an al-Sunnah, m.s. 31. Kaherah: Maktabah al-Sunnah)
Buku memang banyak. Pun begitu, mensahihkan sesuatu perlukan kaedah betul. Bukan salah untuk mengutip cerita yang lemah sekadar iktibar, tapi hendaklah jangan disandarkan kepada agama ALLAH SWT Yang Maha Mulia ini. Jangan pula cerita itu menjatuhkan martabat Islam sebagai agama yang rasional dan penuh dengan alasan yang munasabah bagi setiap perkara nanti orang bersalah sangka kepada agama.
Kisah teladan orang soleh dan wali boleh dipetik tapi pasti ia seiras dengan nas al-Quran dan as-Sunnah. Juga agama tidak mungkin membawa sesuatu yang tidak dapat disaksikan kebenarannya oleh akal yang waras. Jangan kita main cedok semua benda dan masukkan ke dalam bakul agama.

payah juga kalo semuanya harus dihubungkan dengan akal bro... otak manusia sangat terbatas........Allah Maha Kuasa dan Maha Agung.........apa lagi otak manusia sekarang......
ReplyDelete